1.27.2014

Mintak teman katanya

Aku kat Kuantan sekarang. Laki aku outstation kat sini, diajaknya aku teman. Tak mahu aku duk sorang-sorang kat umah. Kalo nak ikutkan keje kat ofis botingkek-tingkek tp kena lah patuh arahan suami. Tapiiiiii.. againnn hotel yg dia book katil asing. Rasanya dah kali ke berapa dh ni duk hotel katil asing. Masuk je bilik aku tgk katil, aku snap gamba then whatsapp kat dia, walaupun dia ada kat sebelah aku je. Aku tulis "againnnn!". Dia reply "haha". Haha je kau. Lepas tu start la sibuk-sibuk rapatkan katil. Sebijik mcm prangai budak asrama taw.

Ok la.. ni aku tgh breakfast sorang, laki aku dah pegi tempat keje dia. Aku tetap nk stay kat cafe ni selagi tak kenyang. Hehe. Kali ni ktorang duduk kat MS Garden Hotel, Kuantan. Ok la, not bad. Bilik memang besar walaupun katil asing. Reason duk sini sbb dekat dgn tempat dia nak keje dan hotel ni betul-betul depan shopping mall Berjaya. Tadi before pegi dia suh aku pegi shopping. Ok la, lagipum tertinggal seluar dlm. Sat lagi aku p beli la. Hehehe

1.20.2014

Facetime katanya

Tak faham aku kenapa tetiba husband aku bagi ipad dan buat video call sedangkan aku betul-betul ada kat sebelah dia. Siap selisih bahu lagi.
A : Apa ni?
H : Facetime.. cakap, cepat cakap.
A : Hello hello hello (hello dlm tekak sekadar memenuhi permintaan)
H : Hellooo haii
A : Ala video call camni ni i dah selalu buat ngan kwn i dulu-dulu.
H : Bukan video call. Ni Facetime.

Layankan jela. Suka sgt buat something yang takde kena mengena dengan situasi semasa.

Sekian update untuk malam ni walaupun cerita tiada plot dan nilai-nilai murni.
*janji update, ye tak?

1.17.2014

Kuih Korea katanya

Hello haiii.. lama dah tak berblogging. Terhanyut layan fb and ig, sehingga ku lupa pada blog nyet2 ni. Tapi lately dh boring ngan fb. So, patah balik ke cinta pertamaku iaiti nyet-nyet.blogspot.com. Ececece... :))

Hari ni, 17 Jan 2014.. pagi-pagi buta aku bangun, lepas tu ajak adik teman p Ikea. Sepanjang perjalanan tu dia tak habis-habis duk ckp psl Hoddeuk iaitu sejenis kuih drp Korea. Nampak kat ig Hanis Zalikha katanya. Macam sedap je, macam gebu je katanya. Untuk memenuhi permintaannya, aku layankan aje dia beli barang-barang nk buat Hoddeuk.

Dan hasilnya... jeng jeng jeng. Apa la Hoddeuk si kuih Korea ni..kalau kuih keria taw la aku. Nampak ganas tak Hoddeuk ni bersama pisau potong ayam? Presentation memang failed tapi rasanya tak mengecewakan. Cuba lah korang buat pulak.

P.s. arini kuar dgn adik je, laki den, den tinggal kat umah hehehe

3.31.2013

Year 2013

Weh ape tetiba kosong je blog neh? hahaha aku dh terdelete post. Punya lah lama aku tak masuk blog sekali masuk dengan bijak pandai aku p select all then delete. WTH??? Rugi la sesapa yang tak sempat baca post-post aku yg gilerr best dulu. Sesapa yang sempat baca mmg bertuah, handsome, cantek dan mungkin boleh dapat pahala. kiku. Aku start tulis blog ni dah lama dah. Masa zaman-zaman student dulu la. Kalo aku istiqamah aku ni kira setaraf dengan Hanis Zalika dan Fynn Jamal la. haha over plak perasannya pun. Tapi kan, ada bagus gak aku terdelete semua post tu sbb banyak post yang emo. Haha. Biasalah, masa tu tengah weng. Sekarang dah pulih,dah ayu, dah pintar dan macam-macam lagi la.. semua yang baik-baik tu semua aku lah! Ok korang, bosan plak membebel sorang-sorang kat sini. Macam biasa sebelum tido, aku nk marathon lagu Adele dulu. Orang lain baca Quran sebelum tido, aku p dgr lagu. Bertuahhhh sungguh.

P.s. Korang percaya ke aku TER-delete post aku yang dulu dulu tu??? Nah layan gambar aku ni yang semakin cun. Mesti ada yang nyesal tak sempat ngorat aku dulu. hahhaa.. nasib korang la. Sekarang ni senang je nak nampak kulit mulus, tak payah pakai produk. Ko install je app Camera 360 sure kulit putih gebu. Kalau korang jenis yang terer photoshop aaa lagi bagus. Edit je, jangan nak bazir duit beli produk sgt. kiku kiku.

11.30.2009

+ Bateri ohh bateri +

Hi all...

Ermm.. cmne korang punye ry? best x? Tp mesti x sebest aku yg kat klantan. Agree?? A

11.10.2009

+ Dis is just a beginning

10.21.2009

+ Saje saje +

Waa.. aku memberanimatikan diri wat entry blog time waktu keje...hehe.. Aku akan meninggalkan company aku 'sayangi' ni.. huhu. sedey x terkata. Tp apakan daya, hidup mesti dteruskan.hhahaha...


K la, nk wat keje jap...daaa.